HINA GELANDANGAN WARGA EMAS - IRAMA BUAT LAPORAN POLIS


IRAMA MAHUKAN TINDAKAN TEGAS TERHADAP INFLUENCER YANG MELAMPAUI BATAS ETIKA. 

Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) malam tadi telah membuat laporan polis berkenaan sebuah video tular yang menunjukkan tindakan seorang influencer yang menghina dan memalukan seorang gelandangan tua atas alasan 'motivasi'.


Video yang berdurasi lebih kurang satu minit itu mendapat pelbagai teaksi dari banyak pihak. Namun, bagi pihak IRAMA, satu kenyataan tegas perlu diambil kerana ianya dilakukan dengan sengaja seolah olah ianya sejenis tindakan yang patut dicontohi.

Warganet, Influencer dan Artis

Presiden IRAMA, En Ayob Abdul Majid menegaskan, terlalu banyak aksi tidak beretika dan beradab dilakukan oleh golongan 'influencer' kita dan selalunya bila ini berlalu reaksi warga net akan segera mengaitkan tindakan itu sebagai "Perangai Artis". Ini amat membimbangkan kami dalam jangka panjang kerana tindakan mereka menyebabkan golongan artis terpalit sama.

Lebih membimbangkan, aksi-aksi tak etika ini turut tular dan ditonton golongan kanak-kanak dan remaja dan menjadikan setiap aksi golongan influencer ini menjadi ikutan ramai dengan beranggapan untuk berjaya perlu membuat aksi tidak beretika seperti itu. Itu adalah salah dan membimbamgkan.
Adakah ini satu-satunya cara bentuk promosi digital bagi mendapat viral dan membuatkan nama pemilik dan jenamanya mudah dikenali atau diingati?

 

Berharap Ada Garis Panduan

Justeru itu, Konsortium IRAMA berharap agar adanya garis panduan dan tindakan yang lebih tegas terhadap apa jua aksi biadap dan tidak bertanggungjawab oleh para influencer yang dibuat sebagai gimik bagi meraih perhatian kepada diri mereka. Adakah ini satu-satunya cara bentuk promosi digital bagi mendapat viral dan membuatkan nama pemilik dan jenamanya mudah dikenali atau diingati?

Cukup-cukuplah kita sajian kisah tular kebiadapan influencer sebagai contoh ikutan, hanya kerana tiada tindakan yang cukup tegas dan mampu memberi impak diambil terhadap mereka. 

- Ayob Abd Majid 
Presiden, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)

#WargaEmas
#InfluencerBiadap
#hinagelandangan

Comments